fbpx

Maut dilanggar ketika melintas Lebuh Raya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian tengah malam tadi.

SHAH ALAM – Seorang wanita maut selepas dipercayai dilanggar lari sewaktu sedang melintas jalan di Kilometer 7 Lebuh Raya Persekutuan di sini tengah malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.11 tengah malam dengan mangsa berusia 33 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati semasa mangsa sedang melintas jalan telah dilanggar kenderaan tidak pasti dari arah Kuala Lumpur menghala Klang.

“Mangsa yang berpakaian warna hitam telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta sebab kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi
Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami ditalian 011-31215697. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI