fbpx

Ketengah hasil 4,000 tan pengeluaran makanan setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada kakitangan Ketengah cemerlang pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tampil membantu kerajaan menyokong strategi jaminan keselamatan makanan negara dengan penghasilan 4,000 tan pengeluaran setahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ladang ayam pedaging yang diusahakan syarikat peneraju diusahakan usahawan Ketengah mampu menghasilkan 790,000 ekor ayam setahun.

“Pengeluaran ayam dari ladang berkenaan telah menyumbang 4.64 peratus daripada keperluan ayam pedaging Terengganu.

“Ketengah berhasrat untuk meningkatkan lagi pengeluaran ayam pedaging kepada 1.03 juta ekor setahun menerusi penambahan reban di Kampung Chemuak, Kampung Durian Mentangau dan Seri Bandi tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, Ketengah juga mengeluarkan 33.4 tan daging lembu, 5.25 tan kerbau dan 0.45 tan kambing setahun.

Tambah beliau, bagi perancangan jangka panjang memantapkan lagi strategi pengeluaran makanan, Ketengah akan mewujudkan ladang rumput napier seluas kira-kira 11.24 hektar sebagai makanan ternakan.

“Ketengah juga merancang membangunkan padang ragut ternakan kerbau seluas 154.58 hektar yang dijangka boleh beroperasi menjelang hujung tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI