fbpx

Penduduk Australia terkejut pandang langit bertukar merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAHAYA merah jambu itu mengejutkan penduduk tempatan di Mildura, Victoria. - SWNS

CANBERRA – Penduduk sebuah bandar di Australia dikejutkan dengan kejadian aneh cahaya merah jambu menerangi langit pada waktu malam, lapor akhbar The Sun semalam.

Penduduk di bandar Mildura, Victoria terkejut melihat cahaya itu yang muncul pada Selasa lalu.

Seorang penduduk tempatan, Tammy Szumowski memberitahu, dia begitu tertarik dengan cahaya merah jambu itu dan segera memandu kereta untuk mencari puncanya.

Dia mendapat tahu tentang fenomena itu apabila dihubungi oleh ibunya untuk bertanya sama ada dia juga melihat cahaya merah jambu di langit.

Imej menunjukkan langit waktu malam kelihatan berwarna merah jambu dalam formasi bulat.

Szumowski berkongsi imej itu di laman Facebook untuk mengetahui puncanya.

“Baru sahaja merakam gambar-gambar ini di Merbein selatan! Ada idea apakah ia? Makhluk asing? Fenomena yang tidak diketahui?” demikian kapsyen pada hantaran berkenaan.

Cahaya itu dikatakan berasal dari sebuah ladang ganja perubatan. Tirai salah satu bangsal di ladang milik syarikat Cann Pharmaceutical dibiarkan terbuka sementara lampu LED masih menyala.

Lampu merah jambu di bangsal penuaian komersial itu memancarkan cahaya pada celah tirai dan mencipta paparan di langit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI