fbpx

Ahli perniagaan Malaysia bergelar Jho Low 2 ditahan di Danok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teow Wooi Huat (baju putih) dibawa ke balai polis di daerah Sadao di Songkhla selepas ditahan awal pagi Jumaat atas tuduhan pengubahan wang haram. - Assawin Pakkawan

BANGKOK – Polis menahan seorang ahli perniagaan dari Malaysia kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram daripada hasil perjudian online di Thailand, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Suspek dikenali sebagai Teow Wooi Huat atau Tedy, ditahan di ibu pejabat empayar Kumpulan MBI di Dan Nok berhampiran pusat pemeriksaan sempadan di daerah Sadao, awal pagi semalam.

Ahli perniagaan Malaysia itu mengasaskan Kumpulan MBI, yang mengendalikan kompleks hiburan, termasuk resort, di tapak 100-rai di Dan Nok.

MBI International SDN Bhd miliknya juga menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.

Dia pada mulanya ditahan pada 2017 oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah. Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai pertuduhan yang berlaku di Malaysia dan bagaimana dia berjaya menyeberang ke Thailand dan menjalani kehidupan mewah.

Di Malaysia, Tedy digelar “Jho Low 2” yang merujuk kepada anak jati Pulau Pinang yang mendalangi rompakan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan negara 1MDB dan masih disiasat.

Seperti Low, Tedy juga berasal dari Pulau Pinang dan suka bergaul dengan selebriti.

Menurut laporan tahun lepas di South China Morning Post, Tedy dikehendaki berhubung penipuan pengubahan wang haram sebanyak RM336 juta di Macau.

Polis percaya Tedy adalah dalang di sebalik sindiket yang menipu orang ramai di Macau supaya melabur wang mereka dalam syarikat palsu.

Pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum akhirnya digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand dan untuk melabur dalam mata wang kripto. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI