fbpx

Suspek bunuh suami, rakan disambung reman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAN ke atas suspek wanita yang disyaki membunuh suaminya sendiri disambung tujuh hari lagi.

JOHOR BAHRU – Suspek yang disyaki membunuh suaminya berserta seorang rakan lelaki yang dipercayai turut bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya Jumaat lalu disambung reman selama seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Dhilip Nair.

“Kedua-dua suspek terlibat telah dikenakan perintah reman sambungan selama seminggu, bermula hari ini hingga 28 Julai,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek wanita yang merupakan seorang suri rumah berusia 35 tahun dipercayai membunuh suaminya sendiri ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu kemudiannya ditahan polis tidak lama kemudian di kawasan berhampiran dipercayai ketika cuba melarikan diri.

Suspek kedua iaitu rakan lelakinya yang berusia 52 tahun ditahan di sekitar Majidee, pada waktu malam hari yang sama.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 44 tahun ditemukan mati dengan keadaan kakinya diikat serta kesan lebam dibahagian kepala akibat dipukul objek tumpul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI