fbpx

Orang kampung minta henti sebar cerita ‘penanggal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Baru-baru ini kecoh di media sosial video seorang wanita yang menjerit dikatakan dia telah ternampak kelibat ‘penanggal’ di sebuah kampung di Dungun, Terengganu.

Menerusi video yang tersebar itu, riak wajah wanita berkenaan jelas kelihatan terkejut selain dia turut beristighfar beberapa kali kerana ingin meredakan rasa takut ekoran insiden menyeramkan itu.

Dalam pada itu, peristiwa tersebut telah memberi kesan kepada penduduk di kampung berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, Ossasuke Hikaru memaklumkan terdapat beberapa peniaga di kampung itu terpaksa menutup kedai lebih awal kerana bimbang diganggu ‘penanggal’ seperti mana yang terjadi kepada wanita tersebut.

Lebih parah apabila peniaga kehilangan pelanggan disebabkan penduduk kampung enggan keluar dari rumah kerana takut terutama pada waktu malam.

Tambahnya lagi, sebagai wakil penduduk di sana, dia menggesa individu yang memulakan cerita tersebut untuk tampil membersihkan semula nama kampung berkenaan agar kisah itu tidak menjadi ketakutan kepada penduduk dan kawasan sekitar.

“Anda harus bersihkan kembali nama kampung berkenaan di atas tindakan anda yang tidak tahu hal sebenar kemudian dimuat naik di media sosial sehingga tersebar luas,” tegasnya.

Bagaimanapun, dia memaklumkan tiada sebarang kemunculan makhluk halus di kampung tersebut dan kemungkinan ia hanyalah kelibat seorang warga emas yang suka berlegar-legar sekitar kampung sambil menyelebung kain pelekat di atas kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI