fbpx

Umur Bella 15 tahun pada tahun 2020 – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa usia remaja perempuan sindrom down Bella ketika menjalani ujian sinar- X bone age (anggaran usia tulang) adalah berusia 15 tahun pada tahun 2020.

Saksi pendakwaan ke-13 Dr. B.Anulaawathi, 39, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Radiologi Hospital Tunku Azizah, berkata umur remaja itu diketahui usia 15 tahun selepas analisis dibuat melalui tiga aspek iaitu chronological age, brush data foundation dan buku rujuk Radiographic Atlas of Skeletal Development of the Hand and Wrist Book by Greulich and Pyle.

Beliau menyatakan laporan sinar-X itu telah siap pada 3 Ogos 2020 selepas menerima permohonan daripada Jabatan Pediatrik pada 23 Julai 2020.

“Bila dibandingkan dengan gambar rujukan sinar-X bagi umur 13 tahun, kita mendapati masih tidak sama dengan imbasan sinar-X tulang Bella.

“Kita boleh tengok lagi, Bella lebih tua daripada gambar rujukan umur 13.6 tahun (13 tahun enam bulan). Kita terus melihat pada gambar rujukan untuk umur 15 tahun dan kita mendapati gambar itu sama dengan sinar-X Bella iaitu plat pertumbuhan tulang di pergelangan tangan masih kelihatan,” katanya.

Ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, ditanya adakah buku rujukan itu digunakan sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi analisis bone age di hospital seluruh negara, saksi itu menjawab ‘Ya’.

Katanya, buku rujukan itu mengandungi siri sinar-X sebagai rujukan bagi jantina dan umur seseorang individu bermula lahir sehingga berusia 18 tahun.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor peranan saksi itu hanya menyediakan laporan selepas mendapat arahan dari pasukan pediatrik saksi itu menjawab, ‘betul’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI