fbpx

Syarikat pembekal tak sempat pasarkan 10 tan ketam sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketam sejuk beku yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Sebuah syarikat pembekal hidupan laut tidak sempat memasarkan 10,000 kilogram (kg) ketam sejuk beku dari Indonesia selepas produk itu ditahan di Pelabuhan Klang Barat, baru-baru ini.

Penahanan produk tersebut dilakukan kira-kira pukul 4.10 petang, Isnin lalu selepas didapati tidak mempunyai sebarang import sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua ketam itu adalah untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut yang telah beroperasi sejak 2018.

“Hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati kontena yang membawa ketam sejuk beku dari Indonesia itu tidak mempunyai sebarang permit import sah yang dikeluarkan oleh Maqis.

“Keseluruhan hasil dagangan dianggarkan sebanyak 10,000kg bernilai kira-kira RM46,000 kini ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqis turut menegaskan, kontena tersebut disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI