fbpx

Media Mulia terbit dua buku koleksi kisah seram dan isu rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Media Mulia Sdn. Bhd. menerbitkan dua buah buku berjudul Apabila Lampu Dipadam dan Mahligai Air Mata sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Kosmo! dan Utusan Malaysia.

PETALING JAYA – Media Mulia Sdn. Bhd. menerbitkan dua buah buku berjudul Apabila Lampu Dipadam dan Mahligai Air Mata sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Kosmo! dan Utusan Malaysia semalam.

Buku Apabila Lampu Dipa­dam adalah koleksi kisah seram yang pernah disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan Mingguan Malaysia, manakala Mahligai Air Mata adalah koleksi kisah rumah tangga daripada fail mahkamah syariah yang disiarkan Kosmo!.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar berkata, ke­dua-dua buku itu adalah inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pendapatan kepada syarikat.

Menurutnya, sempena dua tahun pelancaran semula Utusan Malaysia dan Kosmo!, syarikat turut melancarkan promosi percuma dalam bentuk langganan premium laman web Utusan Malaysia dan Kosmo! selama 30 hari bermula semalam hingga 31 Ogos ini.

Katanya, syarikat juga melancarkan wajah baharu laman web Utusan Malaysia.

“Dalam mempelbagaikan produk syarikat, kita juga me­rancang untuk mengadakan segmen berita yang disiarkan secara langsung pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Doa Selamat Sempena Ulang Tahun ke-2 Kosmo! dan Utusan Malaysia di Galeri Sofia Media Mulia Sdn. Bhd. di sini semalam.

Antara kisah menarik dalam buku Apabila Lampu Dipadam ialah misteri wanita berkebaya di tepi lebuh raya, puntianak di jambatan Sungai Pinggan dan misteri penghuni katil nombor empat.

Sementara itu bagi buku Mahligai Air Mata pula, pelbagai koleksi kehidupan kisah rumah tangga disajikan termasuk ‘maduku’ seorang lelaki, derita setelah kahwini janda muda dan isteri reunion hingga ke bilik hotel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI