fbpx

Kerajaan terus kekang penipuan visa furada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan akan sedaya upaya menangani kes penipuan visa furada dan syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan menunaikan ibadah haji seperti yang berlaku ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, usaha tersebut diperkukuhkan dengan kerjasama antara Lembaga Tabung Haji (TH), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kebanyakan kes penipuan berada di luar pengetahuan pihak kerajaan termasuk insiden melibatkan lebih 280 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

“TH juga akan terus memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai risiko menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada.

“Sebab itu, kalau ada syarikat yang menawarkan pakej haji kita terus menghantar surat tunjuk sebab kenapa tawaran ini dibuat sedangkan kerajaan Arab Saudi belum lagi membuka kuota TH,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu jaminan daripada kerajaan dan TH dalam memastikan kejadian jemaah haji yang terkandas di KLIA tidak berulang pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI