fbpx

Keputusan permohonan sambung pengajian diumumkan 22 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Julai ini.

KPT berkata, keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2022/2023 boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang 31 Julai hadapan.

“Keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my atau menerusi aplikasi UPUPocket.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak mulai 23 Julai sehingga 31 Julai ini di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 23 Julai ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di pautan https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai pukul 12 tengah hari 22 Julai 2022 sehingga pukul 5 petang 31 Julai.

“Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA pula boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline,” ujar kenyataan itu.

Tambahnya, tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA juga tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI