fbpx

14 syarikat berjaya terima anugerah HQC Global Brand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL SHAHRIL (dua dari kiri, belakang) bergambar bersama sebahagian daripada pemenang Anugerah HQC Global Brands di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 14 buah syarikat dinobatkan sebagai penerima  HQC Global Brand Awards (HGBA) 2022/2023 bersempena Pameran Runcit dan Francais Antara­bangsa Malaysia 2022 (MIRF) ­baru-baru ini.

Antara penerima anugerah tersebut adalah HL Restaurant and Café, JV Food Culture (Haruka­ Bakery), Mama Global International Sdn. Bhd. dan Ma­dam Grace Kitchen.

Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur HGBA, Datuk Khairul Shahril Hamzah berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan membantu meningkatkan kredibiliti dan jenama syarikat tersebut menjadi platform untuk terus berdaya saing pada masa depan.

“Pengiktirafan yang disampaikan pada hari ini adalah tanda memperkasa dan menyokong pembangunan syarikat khusus­nya yang terlibat dalam industri peruncitan dan francais dengan menjadikan pameran MIRF 2022 sebagai satu platform untuk te­rus berdaya maju kerana mereka telah mempunyai rekod prestasi yang cemerlang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pameran yang menampilkan 400 pempamer tempatan dan luar negara itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala ­Lumpur selama tiga hari bermula 14 Julai lalu.

Selain itu, Khairul menjelaskan, HQC Global Brand Awards merupakan anugerah khas untuk menghargai pencapaian syarikat yang juga pelanggan HQC Commerce Sdn. Bhd. (HQC).

“HQC merupakan rakan stra­tegik kepada akademi halal antara­bangsa Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia.

“Lebih 1,000 syarikat telah dibantu dalam perkhidmatan rundingan dan latihan pemba­ngunan berkaitan pensijilan halal.

Selain itu, HQC juga memberikan khidmat runding cara berkaitan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practise (GMP) dan Ha­zard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” jelasnya.

Tambah beliau, antara kriteria utama bagi pemilihan calon untuk anugerah tersebut adalah syarikat tersebut merupakan pemegang sijil halal yang sah dan diiktiraf oleh Jakim, mempu­nyai rekod perniagaan yang baik tanpa­ sebarang isu berkaitan halal dan mempunyai tadbir urus perniagaan yang baik.

Selain itu, pada pameran kali ini, HQC turut menyediakan HQC Halfex Pavillion untuk memberi peluang penerima anugerah mempamer produk jualan ma­sing- masing.
“HQC Halflex Pavilion ini me­rupakan pengenalan kepada pe­nganjuran Halal Food Exhibition (HALFEX) yang akan diadakan pada tahun hadapan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI