fbpx

Pelajar universiti perkosa nenek umur 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dilaporkan menceroboh rumah mangsa sebelum merogolnya. - kenyanlyrics.co.ke

NAIROBI – Seorang lelaki di Kenya maut akibat dibelasah penduduk kampung yang mengesyaki dia memperkosa seorang wanita warga emas berusia 100 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Pisu Mwireri, 22, meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan serius selepas diserang perusuh yang berang berhubung kejadian itu. Insiden berlaku di kampung Karundori, bandar Runyenjes baru-baru ini.

Suspek yang merupakan seorang pelajar universiti, dilaporkan menceroboh rumah wanita itu dan merogol mangsa yang sedang tidur.

Mangsa kemudian membunyikan penggera dan penduduk kampung bergegas membantunya.

“Orang awam yang marah bertindak menangkap suspek dan menghadapkannya ke ‘mahkamah’ perusuh,” lapor laman web Kenyan Lyrics.

Insiden itu dilaporkan kepada polis oleh dua penduduk tempatan yang bergegas ke tempat kejadian, demikian menurut laman web itu.

Komander Polis Timur Embu, Emmanuel Okanda menggesa orang ramai untuk tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Menurutnya, siasatan sedang dilakukan berhubung kejadian itu, manakala mayat suspek dibawa ke bilik mayat hospital Kyeni dan sedang menunggu bedah siasat.

Mangsa dilaporkan turut dikejarkan ke fasiliti sama untuk pemeriksaan selepas kejadian itu. Dia kini sedang pulih di rumahnya, demikian menurut laporan sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI