fbpx

KKM edar parasetamol stok penimbal ke klinik swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy.

PUTRAJAYA – Parasetamol (PCM) berlogo Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mula diedarkan ke klinik swasta bagi menampung kekurangan bekalan ubat tersebut ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah memulakan pengedaran beberapa jenis ubat-ubatan daripada simpanan Persekutuan (stok penimbal) kepada klinik swasta bagi mengatasi kekurangan bekalan.

“Kita akan mulakan dengan parasetamol. Ia adalah ubat simpanan Persekutuan (stok penimbal).

“Sekiranya anda diminta membeli PCM di klinik swasta dan didapati mempunyai logo KKM, ia adalah daripada simpanan kerajaan Persekutuan,” katanya nenerusi hantaran di Twitter sebentar tadi.

Minggu lalu, Khairy berkata, pihaknya akan membekalkan sektor perubatan swasta negara dengan ubat-ubatan daripada simpanan Persekutuan untuk menangani kekurangan berterusan.

Stok penimbal kerajaan diuruskan oleh Pharmaniaga dan KKM sudah mengarahkan supaya didahulukan kepada klinik dan hospital swasta yang memerlukan.

Sejak Jun lalu, bekalan ubat-ubatan mengalami penurunan, namun permintaannya menunjukan trend meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI