fbpx

Kajian pelaksanaan cuti haid dijangka selesai Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah.

KUALA LUMPUR – Kajian berhubung pengenalan cuti haid untuk golongan pekerja wanita dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, perkara itu memerlukan perbincangan lanjut dengan banyak pihak berkaitan.

“Pengenalan cuti haid memerlukan pemerhatian dan perbincangan lanjut termasuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.

“Ini kerana pengenalan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita, tetapi memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara. Kajian melibatkan lebih 57,000 responden,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH)Klang) adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, buat masa ini terdapat cuti sakit dan cuti rehat diperuntukkan sama ada oleh sektor swasta mahupun awam kepada pekerja wanita yang mengalami haid.

Dalam pada itu, beliau bersetuju Jepun telah lama memperkenalkan cuti berkait haid, tetapi kajian mendapati ramai pekerja wanita di negara itu tidak memohon ekoran berasa malu atau tidak mahu dilihat tidak produktif.

Sementara itu, beliau memaklumkan, kit asas kebersihan diri iaitu tuala wanita telah diagihkan secara percuma kepada 130,000 remaja wanita daripada golongan B40 setakat ini.

“Kita sudah kita belanja peruntukan berkait tuala wanita melibatkan RM2.39 juta. Program ini melibat dua perkara. Pertama sumbangan tuala wanita kepada pelajar yang memerlukan dan seterusnya program pendidikan tentang kebersihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI