fbpx

Angka Covid-19 catat 3,902 kes semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 3,902 kes semalam termasuk empat kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,592,120 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,935 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,550, 949 kes.

Katanya, sebanyak 43,144 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 959 pertambahan kes semalam.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,276 diikuti Selangor (998), Perak (294), Sabah (234), Negeri Sembilan (188), Pulau Pinang (178), Kedah (126) serta Melaka dan Sarawak masing-masing 106 kes.

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (93), Putrajaya (82), Kelantan (74), Pahang (54), Perlis (40), Terengganu (30) dah Labuan (23),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 870.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,609 setakat ini.

Sebanyak 41, 488 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,568 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI