fbpx

Maqis Selangor rampas kayu cendana RM8,000 di KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu cendana yang berjaya dikesan cuba dibawa masuk ke Malaysia oleh seorang lelaki Kemboja di KLIA2 Ahad lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 23 kilogram (kg) kayu cendana dianggarkan bernilai RM8,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad lalu.

Maqis Selangor berkata, kesemua kayu cendana tersebut telah berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kira-kira pukul 5.30 petang yang cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki dari Pnom Penh, Kemboja.

“Kayu cendana tersebut telah ditemui di dalam sebuah bagasi dan juga sebuah kotak berasingan yang dipercayai untuk kegunaan sendiri.

“Kesemua kayu cendana itu telah disita oleh pihak Maqis kerana tidak mempunyai permit import serta sijil Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa Dalam Spesies Terancam (CITES),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan mengimport hasilan pertanian tanpa permit yang sah dari Maqis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta sama.

“Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya-duanya sekali.

“Maqis akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI