fbpx
Pihak berkuasa melakukan serbuan di Kampung Baru Subang, Shah Alam malam kelmarin.

KPDNHEP Selangor berjaya tumpaskan kegiatan seludup diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barangan subsidi diesel dengan nilai rampasan keseluruhan RM1.7 juta, malam kelmarin.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, serbuan dijalankan di Kampung Baru Subang, Shah Alam dan seramai lapan individu warga tempatan serta seorang warga asing berjaya ditahan.

“Enam kenderaan telah disita, iaitu empat lori tanker dan dua kereta. Turut disita enam tangki minyak diesel berisi dengan anggaran jumlah keseluruhan adalah 40, 300 liter.

“Berdasarkan siasatan awal di lokasi serbuan, anggaran jumlah keseluruhan minyak diesel yang dirampas (melibatkan kenderaan, tangki minyak yang dijumpai) untuk tujuan siasatan adalah melebihi 100 liter dengan anggaran nilai melebihi RM200,000,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya mendapati premis dan pelaku yang ditemui di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen, permit, permit khas atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual.

Katanya, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak serta Seksyen 20 (1) akta sama.

Terdahulu, KPDNHEP Selangor telah menerima satu kes serahan daripada Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman di lokasi serbuan.

Jelas Azman, pihaknya komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan subsidi dengan kerjasama strategik agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan keberadaan bekalan barangan tersebut di pasaran dapat dinikmati oleh pengguna di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR