fbpx

Peruncit ‘pilih bulu’ jual minyak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis yang dikesan menjual minyak masak peket bersubsidi pada harga RM3.50 kepada pelanggan biasa. FOTO AMRAN MULUP

MELAKA – Sebuah kedai runcit di Tanjung Minyak di sini diserbu penguat kuasa selepas dikesan menjual minyak masak peket bersubsidi pada dua kadar berbeza kepada pelanggannya.

Dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, peruncit tersebut didapati menjual minyak peket satu kilogram (kg) pada harga RM2.50 kepada peniaga kedai makan dan RM3.50 pula bagi pengguna biasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, Op #kamiterjah itu dilaksanakan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kes daripada pengguna.

Katanya, sepasukan enam penguat kuasa telah bergegas ke lokasi bagi melakukan penyamaran dan mengumpul bukti diperlukan untuk tindakan undang-undang.

“Hasil penyamaran itu, kita berjaya mencekup tindakan peruncit tersebut yang menjual minyak masak polibeg satu kg pada harga yang mahal iaitu RM3.50.

“Dia turut dikesan memberikan keutamaan kepada para peniaga di sekitar kawasan berkenaan, namun menjualnya pada harga RM2.50 mengikut kadar ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI