fbpx

Lebih 100 Orang Asli berhimpun bantah pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Menteri Besar (dua dari kiri) menerima memorandum bantahan daripada Tok Batin Kampung Chang Baru, Alshahhin Deraoh (kanan) di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Lebih 100 Orang Asli dari tiga kampung sekitar Bidor berhimpun di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menggesa kerajaan negeri membatalkan konsesi pembalakan yang didakwa sudah diluluskan di sekitar perkampungan mereka.

Perhimpunan sekitar pukul 10 pagi itu turut disertai Tok Batin dari perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan sebagai tanda sokongan melindungi tanah adat Orang Asli di Perak.

Batin Orang Asli Kampung Chang Lama, Dahil Yok Chopil berkata, tujuan mereka berhimpun di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan adalah untuk menyerahkan dua memorandum bantahan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut Dahil dua memorandum berkenaan merupakan bantahan berkaitan pembalakan di kawasan wilayah tanah adat orang asli Kampung Chang Lama, Kampung Chang Baru dan Kampung Senta, Bidor dan memorandum membantah pembalakan di wilayah tanah adat Orang Asli di Perak.

“Tujuan kami menghantar memorandum bantahan ini kepada kerajaan negeri adalah disebabkan kami tidak bersetuju dengan pembalakan di kawasan kami kerana jika dibenarkan ia dibimbangi bakal menyebabkan bencana alam serta mengancam sumber pendapatan kami.

“Kami masyarakat Orang Asli di negeri ini meminta agar kerajaan negeri memandang serius perkara ini serta mengalihkan lokasi pembalakan di kawasan yang tidak dihuni orang asal,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan berkenaan kepada wakil Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dahil berkata, kerajaan negeri sepatutnya menjadikan insiden banjir 25 Mei lalu di beberapa kampung Orang Asli di Bidor sebagai iktibar kesan daripada pembalakan yang dijalankan sebelum ini.

Menurut Dahil punca banjir berkenaan berasal daripada lokasi yang dijadikan kawasan pembalakan 30 tahun lalu dan beliau bimbang perkara sama bakal berulang masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI