fbpx

Memang nak kahwin lagi, tapi sabarlah – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SALEHA

KUALA LUMPUR –  “Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa.”

Itu respons pelakon jelita, Siti Saleha berhubung perancangan untuk kembali berumah tangga selepas bercerai pada awal tahun ini

Tidak trauma dengan keruntuhan mahligai yang dibina pada 2017, Siti Saleha, 32, secara jujurnya sama seperti wanita lain yang mendambakan kebahagiaan hidup berpasangan dalam perkahwinan.

“Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.

“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya. 

Pemilik nama lengkap Siti Saleha Mohd. Baharum itu berkata demikian ketika ditemui ketika majlis memperkenalkan barisan juri dan peserta program Muzikal Lawak Superstars 3 (MLS3) di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dilantik menjadi juri tetap bergandingan bersama Datuk Awie yang akan mula bersiaran pada 22 Julai ini.

“Pada mulanya, saya risau nak terima tawaran sebagai juri maklumlah saya bukan pelawak, ramai lagi yang layak.

“Tetapi ini cabaran, tidak salah saya mencuba. Lagipun, secara peribadi saya sukakan komedi, mudah terhibur dan suka ketawa,” katanya teruja. 

Ditebak mengenai hubungannya dengan bekas suami, Saleha enggan mengulas lanjut,  namun mengakui mereka bersikap profesional antara satu sama lain.

Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 17 Januari lalu.

Pada 13 Oktober 2021, wanita itu mengesahkan memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi, 36, selepas dibenarkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Berita keretakan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial atau bersama media.Pasangan itu bernikah pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan anak. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI