fbpx

Lebih 92,000 berjaya terima kerja menerusi MYFutureJobs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan (dua dari kanan) bersama Reezal Merican (tengah) ketika meninjau gerai pameran sempena Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di ILP Kepala Batas di sini hari ini

SEBERANG PERAI – Seramai 92,832 pencari kerja di seluruh negara direkodkan telah berjaya memperoleh pekerjaan menerusi laman portal carian kerja, MYFutureJobs sehingga 30 Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jumlah itu termasuk termasuk 6,752 pencari kerja dari negeri ini.

Menurutnya, untuk tempoh yang sama juga sebanyak 484,563 jawatan kosong aktif telah ditawarkan di portal pekerjaan tersebut yang terbuka kepada semua pencari kerja di Malaysia.

“Daripada jumlah itu pula, sebanyak 35,708 kekosongan jawatan berkenaan adalah di Pulau Pinang sahaja,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pada karnival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, lebih 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 24 majikan yang mengambil bahagian.

Dalam pada itu, Reezal Merican menyarankan semua pencari kerja khususnya golongan muda, belia dan para graduan supaya merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan itu dengan sebaiknya.

“Kalau boleh, jadikanlah ILP Kepala Batas ini sebagai lokasi tetap untuk pelbagai program dan aktiviti yang dapat menjana ekonomi serta
menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada warga Pulau Pinang ini,” katanya.

Sempena karnival itu juga, Reezal Merican turut mengumumkan untuk menyerahkan sumbangan caruman Skim Pekerjaan Sendiri di bawah Perkeso kepada 1,000 individu khususnya anak kelahiran Kepala Batas.

Pada masa yang sama, Saravanan juga berbuat demikian dengan mengumumkan tambahan sumbangan caruman kepada 1,000 individu lagi yang terpilih. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI