fbpx

Saarani dahului 315 individu terima bintang, pingat dan sijil PPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) bergambar dengan penerima anugerah di Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menganugerahkan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak 2022 kepada 315 orang penerima di sini.

Senarai penerima didahului oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Yang Dipertua PPM Perak yang dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Kedua Perak (BSP-ll).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim merangkap Timbalan Yang Dipertua PPM Perak pula menerima Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak.

Selain itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Khairul Shahril Mohamed dan Ahmad Saidi Mohamad Daud merangkap Naib Yang Dipertua PPM Perak turut menerima pingat sama.

Antara pingat lain yang turut dianugerahkan termasuklah Bintang Seri Maharaja Lela, Pingat Dato Sagor, Pingat Perkhidmatan Gemilang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Baik.

Anugerah Sijil Pengakap Raja pula disampaikan kepada 222 penerima membabitkan ahli Pengakap Remaja 2019 dan 2020 yang berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan pengakap sekolah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menumpukan usaha untuk menggerakkan 11 Fokus Utama Kepengakapan Negara.

Antaranya, menurut beliau ialah pendigitalan, pengurusan aset yang bijak, penjenamaan pengakap, pengurusan sumber pengetahuan dan pemerkasaan skim Better World Framework.

“Organisasi Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) bersama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaksanakan kempen Sustainable Development Goals (SDG) sebagai satu misi bersepadu yang akan dilaksanakan di seluruh dunia.

“Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadikan 17 matlamat SDG dengan cogan kata Leave No One Behind dalam mengembangkan aktiviti kepengakapan di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI