fbpx

Nabila Huda reda belum ada rezeki tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA Huda mengakui dia sangat menginginkan cahaya mata baharu memandangkan anak sulungnya, Keisha (kiri) sudah dewasa.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda reda apabila sehingga kini belum diberikan rezeki untuk menambah bilangan cahaya mata seperti yang dia harapkan sebelum ini.

Pada masa sama, Nabila atau mesra disapa Abil enggan melakukan kaedah rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) atas saranan suami yang tidak mahu melihat dirinya menanggung kesakitan.

Nabila ketika ditemui Kosmo! berkata, dia sudah berusaha untuk menambah bilangan zuriat selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd. Izwan Johar sejak 2015, namun belum berhasil.

“Saya sudah berkahwin (buat kali kedua) selama tujuh tahun. Siapa yang tidak mahukan anak? Anak sulung saya, Keisha Laila pun sudah besar.

“Kalau boleh setiap tahun saya mahu dapat zuriat sebab nak anak ramai,” katanya kepada Kosmo!.

Ujar pelakon filem Munafik itu lagi, dia dan juga suami masing-masing sudah pun melakukan pemeriksaan kesihatan dan didapati sihat oleh doktor untuk memiliki cahaya mata.

“Alhamdulillah masing-masing sihat. Doktor kata tiada masalah kesihatan. Cuma belum ada rezeki lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Frutti Tutti di Momos Hotel, di ibu kota.

Dalam pada itu, Nabila juga memberitahu bahawa suaminya tidak menyarankan untuk dia melakukan prosedur IVF kerana menyakitkan.

“Saya tidak mahu buat IVF sebab saya pernah hamil sebelum ini. Maknanya saya tiada masalah. Lagipun suami kata tak payah sebab sakit.

“Dia tidak mahu lihat saya menanggung kesakitan. Lagipun saya sibuk bekerja. Lainlah kalau saya suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Katanya lagi, dia juga sudah bertanyakan tentang rawatan IVF terhadap individu yang pernah melakukannya dan ternyata rata-rata memberitahu kaedah tersebut memang menyakitkan.

“Insya-Allah jika diberi rezeki, mana tahu tiba-tiba esok lusa saya hamil. Apa-apa pun tunggu sajalah,” katanya.

Sejak tahun lalu, Nabila menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata memandangkan Keisha sudah semakin dewasa.

Nabila sebelum ini pernah hamil sebanyak dua kali, namun mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Kata anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu, kesukarannya untuk hamil mungkin disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI