fbpx

Bekas pegawai perubatan dakwa Presiden Joe Biden ‘pelupa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden yang genap 80 tahun pada 20 November ini didakwa semakin keliru dan tahap kognitif pemikirannya semakin teruk. - Getty Images

WASHINGTON –  Seorang bekas pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di White House mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak akan dapat bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran beliau berikutan kesihatan mentalnya semakin terganggu, lapor laman RT.

Ronny Jackson yang kini bergelar ahli Kongres negeri Texas meluahkan pendapat tersebut menerusi laman Twitter.

Jackson menghuraikan bahawa simptom kognitif Biden yang semakin merosot telah wujud selama bertahun-tahun.

Beliau berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada bekas presiden Barack Obama, Donald Trump dan George W. Bush.

Dalam temu bual dengan Sean Hannity daripada saluran berita  Fox News, Jackson berkata bahawa Obama telah menghantar teguran keras menerusi  e-mel kerana beliau  meragui keupayaan  kognitif Biden.

Jackson bagaimanapun mempertahankan pendiriannya mengenai status semasa keadaan mental Biden.

“Apa yang saya boleh katakan sebagai pegawai perubatan adalah Biden mengalami penurunan kognitif yang berkait rapat dengan usianya yang mencecah 80 tahun.

“Dari segi mental, beliau tidak cerdas seperti dulu. Jika anda perhatikan daripada renungan kosongnya, anda boleh menyimpulkan bahawa Joe Biden yang dahulu sudah tidak wujud,” kata Jackson.

Jackson turut memberi amaran bahawa beliau 100 peratus yakin bahawa Biden tidak mampu untuk menamatkan tempoh empat tahun penggal pertamanya  dalam keadaan kesihatan sekarang.

Kemerosotan kognitif yang didakwa Jakson  adalah isu popular dalam  kalangan pengkritik Presiden yang menyedari kekeliruannya semakin meningkat meskipun dalam mengendalikan tugas mudah seperti membaca teleprompter dan keluar dari pentas selepas bercakap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI