fbpx

Virus Covid-19 boleh hidup dalam daging beku selama sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja sedang membungkus daging babi di kemudahan pembungkusan daging di Shenyang, wilayah Liaoning di timur laut China. - AFP

WASHINGTON – Satu kajian terbaharu mendapati virus Covid-19 boleh hidup pada produk ikan dan daging babi beku di dalam peti sejuk beku selama 30 hari, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Penyelidikan ke atas ayam, daging lembu, babi dan salmon beku telah dilakukan sebagai tindak balas terhadap wabak Covid-19 di Asia di mana daging yang dibungkus disyaki menjadi sumber penularan virus berkenaan.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan pada 11 Jun lalu dalam jurnal American Society for Microbiology journal Applied and Environmental Microbiology.

Pasukan penyelidik berkenaan menyimpan daging dan produk ikan pada dua takat suhu berbeza iaitu empat darjah Celsius dan suhu sejuk beku -20 darjah Celsius.

“Anda mungkin tidak menyimpan daging di dalam peti sejuk selama 30 hari tetapi mungkin menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama tempoh itu.

“Kami juga mendapati virus itu boleh dibiakkan selepas dibekukan dalam tempoh masa tersebut,” demikian kenyataan pengarang utama penyelidikan, Emily S. Bailey yang merupakan penolong profesor di Universiti Campbell di AS. 

Penyelidik-penyelidik memutuskan untuk menjalankan kajian itu selepas mendapati bahawa wabak Covid-19 tersebar di Asia Tenggara sebelum penularan dalam komuniti.

Menurut Bailey, kajian itu penting kerana Covid-19 boleh membiak bukan sahaja dalam saluran pernafasan tetapi juga di dalam perut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI