fbpx

PM Jepun salahkan polis atas kematian Shinzo Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bercakap semasa sidang media di Tokyo semalam. - AFP

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyalahkan kelemahan polis sebagai punca kematian bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang ditembak semasa berkempen minggu lalu, lapor akhbar The Maniachi semalam. 

Abe yang merupakan salah seorang ahli politik paling berpe­ngaruh di Jepun, dibunuh pada Jumaat lalu di wilayah Nara, barat Jepun. 

Insiden itu mengejutkan Jepun yang merupakan negara dengan kadar jenayah paling rendah dan kawalan senjata api amat ketat.

Gambar dan rakaman video di lokasi kejadian memaparkan seorang lelaki bersenjata mendekati Abe dari belakang, manakala pengawal-pengawal keselamatan menumpukan perhatian ke arah hadapan.

“Saya fikir terdapat masalah dengan langkah keselamatan,” kata Kishida.

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dan Agensi Polis Negara sedang menyiasat kejadian itu dan akan menyusun langkah susulan, kata Kishida.

Sebuah pasukan terdiri daripada pegawai polis tiba di ibu pejabat polis wilayah Nara kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Saya menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dan membetulkan apa yang perlu diperbaiki di samping mengkaji contoh kawalan keselamatan di negara-negara lain,” katanya.

Kishida turut mengumumkan rancangan mengadakan pengebumian negara untuk Abe pada tahun ini dengan mengambil kira sumbangan besar mendiang kepada negara termasuk meningkatkan pakatan Jepun bersama Amerika Syarikat.

“Dengan mengadakan pengebumian negara sebagai me­ngenang jasa Abe, Jepun mempamerkan keazaman untuk tidak menyerah kalah kepada keganasan dan mempertahankan demokrasi secara tegas.

“Jepun juga akan menunjukkan kepada dunia keazaman untuk mengekalkan semangatnya dan membuka laluan ke arah masa hadapan,” kata Kishida. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI