fbpx

Polis sahkan Triton guna siren dan lampu kecemasan milik pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana menggunakan siren polis dan lampu kecemasan.

IPOH – Polis Perak mengesahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang tular di media sosial meredah kesesakan jalan raya menggunakan siren ala polis dan lampu kecemasan merupakan milik pasukan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memberitahu, kenderaan yang melalui laluan di Kilometer 239, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara itu dinaiki anggota bertugas.

Katanya, ketika kejadian, kenderaan berkenaan sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh bersama dua suspek kes curi kenderaan mewah.

“Sepasukan pegawai daripada Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK telah berjaya menangkap dua lelaki di daerah Taiping kerana terlibat sindiket curi kereta mewah.

“Pasukan tangkapan membawa balik suspek yang ditahan ke IPK Perak untuk tujuan siasatan.

“Atas faktor keselamatan dan tugasan rasmi, pasukan telah menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapat laluan pantas ketika melalui jalan yang sesak,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis tidak mengesan sebarang salah laku atau salah guna kuasa seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial berhubung video tersebut.

“Orang ramai diminta membuat semakan dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum membuat hebahan yang mengelirukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI