fbpx

Pemilik motosikal kuasa tinggi disaman tiada lesen kelas B Penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADENAN (kiri) memeriksa motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang tanpa lesen dalam Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dikenakan notis saman kerana tidak memiliki lesen dalam operasi khas Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 Jabatan Pengangkutan Japan (JPJ) di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bersama isteri semasa dalam perjalanan menikmati makan malam di George Town dari Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati penunggang terbabit tidak memiliki lesen kelas B (penuh).

“Selain itu, seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi berusia dalam lingkungan 20-an dari Kuala Ketil menuju ke tempat kerjanya di kawasan pulau turut ditahan atas kesalahan sama,” katanya semasa operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang empat hari operasi itu dijalankan, sebanyak 4,902 kenderaan telah diperiksa manakala 1,005 saman meliputi pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI