fbpx

Fosil lengkap dinosaur Gorgosaurus bakal dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fosil Gorgosaurus dipamerkan di Sotheby's, Bandar Raya New York pada 5 Julai lalu. – AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah fosil lengkap dinosaur dari kumpulan yang sama dengan Tyrannosaurus rex (T-Rex) bakal dilelong pada harga mencecah £7 juta (RM36.9 juta) bulan ini, lapor akhbar The Sun, kelmarin. 

Rangka dinosaur pemangsa teratas, Gorgosaurus itu bakal dilelong oleh firma lelongan Sotheby’s. Ia merupakan kali pertama fosil makhluk itu dilelong di dunia.

Dinosaur Gorgosaurus bersaiz lebih kecil berbanding T-Rex dan kedua-duanya dikatakan wujud pada masa yang sama, iaitu kira-kira 76 juta tahun lalu.

Rangka setinggi 3.048 meter (m) dan sepanjang 6.7 m itu ditemui di Pembentukan Sungai Judith di Montana, Amerika Syarikat (AS) pada 2018.

Beberapa rangka lain telah ditemui di AS dengan kebanyakan spesimen dijumpai menerusi proses penggalian di Kanada.

Menurut Sotheby’s, rangka dinosaur itu disasarkan mampu dijual pada harga antara £4.2 juta (RM22.1 juta) hingga £6.7 juta (RM35.3 juta) dalam acara lelongan di Bandar Raya New York pada 28 Julai ini.

“Berukuran 3.048 m tinggi dan 6.07 m panjang, pengunjung bakal melihat rangka Gorgosaurus pertama yang ditawarkan dalam lelongan,” kata Sotheby’s. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI