fbpx

4 lelaki ditahan disyaki terlibat kes samun, pecah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan samun, pecah kedai dan curi kenderaan di Jalan Pasir Emas, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan pecah kedai di sebuah kedai sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2, Kuala Ampang pada 4 Julai lalu.

“Keempat-empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu ditahan pada pukul 1.15 pagi di tepi Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang semalam.

“Kumpulan ini akan menaiki motosikal dan menyasarkan bangunan kedai sebelum menyamun mangsa pada awal pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah dan percaya dengan penahanan suspek, polis berjaya menyelesaikan tiga kes jenayah di daerah Ampang Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI