fbpx

Ranil Wickremesinghe dilantik pemangku Presiden Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe kini dilantik sebagai pemangku Presiden Sri Lanka. - The Hindu

COLOMBO – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Maldives, awal harini, lapor Hindustan Times.

 Speaker parlimen Mahinda Yapa Abeywardana mengumumkan pelantikan yang berkuat-kuasa serta merta itu ketika beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut kedua-dua tokoh politik itu berundur.

“Disebabkan ketiadaannya di negara ini, Rajapaksa memaklumkan saya bahawa beliau telah melantik perdana menteri (Wickremesinghe) untuk bertindak sebagai presiden selaras dengan perlembagaan,” kata Abeywardana dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di televisyen.

Arahan pertama Wickremesinghe selaku pemangku Presiden Sri Lanka adalah mengisytiharkan darurat seluruh negara dan perintah berkurung di wilayah barat negara.

Berita berkaitan: Kuasa rakyat tumbangkan Presiden Sri Lanka

“Perdana menteri sebagai pemangku presiden juga telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan mengenakan perintah berkurung di wilayah barat,” kata setiausaha media Wickremesinghe, Dinouk Colombage.

Perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI