fbpx

Pemandu teksi di Arab Saudi diwajib pakai uniform

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita keluar dari teksi di bandar Jeddah, Arab Saudi pada 11 November 2020. - AFP

RIYADH – Pihak Berkuasa Pengangkutan Arab Saudi (TGA) menguatkuasakan peraturan baharu yang mewajibkan pemandu-pemandu teksi memakai pakaian seragam, berkuatkuasa semalam, lapor akhbar Arab News.

Keputusan yang diumumkan pada Mei lalu itu tertakluk kepada pemandu lelaki dan wanita yang memandu semua jenis teksi serta perkhidmatan pengangkutan termasuk kenderaan sewa persendirian.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hukuman akan dikenakan kepada mana-mana pemandu yang gagal mematuhinya.

Pemandu lelaki mesti memakai pakaian kebangsaan atau baju kelabu berlengan panjang, seluar hitam dan tali pinggang hitam. Jaket boleh dipakai mengikut keperluan.

Pemandu wanita pula boleh memakai abaya atau blaus dan seluar dengan jaket atau kot. Semua pemandu juga mesti membawa kad pengenalan mereka.

TGA berkata, keputusan untuk memperkenalkan keperluan mandatori bagi pakaian pemandu teksi itu merupakan sebahagian daripada proses untuk menyemak dan mengemaskini peraturan yang mengawal sektor itu. 

Peraturan itu direka untuk pembangunan pihak berkuasa, meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan secara umum, menambah baik keseluruhan penampilan pemandu dan mencerminkan peraturan kesopanan awam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI