fbpx

Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO masih berada dalam perancangan Ten Hag musim depan. - AFP

BANGKOK – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag akhirnya membuka mulut apabila me­negaskan, Cristiano Ro­naldo tidak akan dijual kerana pe­nyerang itu berada dalam pe­rancangannya musim depan.

Pendedahan Ten Hag seperti memberikan satu ‘kemenangan’ buat peminat-peminat tegar United yang tidak sanggup untuk melihat bintang veteran berusia 37 tahun itu meninggalkan Stadium Old Trafford selepas ini.

Ketiadaan Ronaldo bersama The Red Devils untuk aksi pramusim di Thailand menentang seteru tradisi, Liverpool di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin menghangatkan lagi spekulasi perpindahan ­kapten Portugal itu.

“Dia (Ronaldo) tidak bersama kami kerana ada isu peribadi. Kami sedang melakukan pe­rancangan buat Ronaldo musim depan. Saya tidak sabar untuk bekerja bersamanya.

“Saya ada membaca mengenainya (hasrat Ronaldo mahu berhijrah) tetapi apa yang saya boleh katakan Ronaldo bukan untuk dijual. Dia dalam perancangan saya dan kami mahu me­lakar kejayaan bersama-sama,” kata Ten Hag.

Dalam masa sama, pengendali berusia 52 tahun dari Belanda itu dipercayai sedang mendesak pihak pengurusan tertinggi United untuk menyelesaikan segera urusan pembelian pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong dan tonggak pertahanan Ajax, Lisandro ­Martinez.

“Kami tahu apa yang kami mahukan. Bukan sekadar membeli tetapi kami mahu pemain baharu yang tepat untuk membawa perubahan kepada pasukan ini,” jelas bekas ketua jurulatih Ajax itu.

Sementara itu, kap­ten Denmark, Christian Eriksen dijangka menandatangani kontrak tiga tahun bersama United dan bakal menyertai rakan sepasukan baharunya dalam aksi pramusim seterusnya di Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI