fbpx

TMJ cadang MB pakai selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

JOHOR BAHRU – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kesal kasut kulit mewah yang dipakai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi topik berita kebanyakan akhbar bukan Melayu.

Tunku Ismail menerusi kiriman ciapan di Twitternya tengah malam tadi menasihatkan Onn Hafiz mengabaikan isu yang ditimbulkan sebaliknya fokus kepada tugas mentadbir negeri ini.

“Benda macam ini pun jadi isu? Datuk saya cadangkan selepas ini Datuk pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Datuk dan beberapa pegawai kerajaan.

“Datuk, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” katanya dalam kiriman di media sosial tengah malam tadi.

Semalam, beberapa penerbitan akhbar bukan Melayu mensensasikan Onn Hafiz yang memakai kasut kulit mewah yang mencecah RM40,000.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut yang berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan menjawat jawatan berkenaan.

Beliau memberitahu, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap beliau.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI