fbpx

Novak Djokovic julang kejuaraan Wimbledon kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Djokovic ceria bersama trofi kemenangan selepas menewaskan Kyrgios pada aksi final Kejuaraan Wimbledon di London semalam. – AFP

LONDON – Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic menepati ramalan apabila menjulang gela­ran ketujuh Wimbledon selepas mencatat kemena­ngan empat set ketika berdepan Nick Kyrgios semalam.

Djokovic yang ketinggalan pada set pertama perlawanan bagaimanapun kekal tenang sebelum bangkit mencatat kemenangan 4-6, 6-3, 6-4, 7-6, sekali gus mengumpul Grand Slam ke-21 ketujuh dalam kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu kini hanya dipisahkan satu gelaran dengan jaguh Sepanyol, Rafael Nadal yang memegang rekod 22 gelaran Grand Slam dengan yang terbaharu pada Terbuka Perancis Jun lalu.

“Saya hilang kata-kata untuk menceritakan apa makna kejohanan dan trofi ini buat saya. Ia akan sentiasa menjadi antara paling istimewa buat saya.

“Wimbledon selalu menjadi kejohanan paling istimewa di hati saya. Pastinya saya gembira dengan kemenangan ini selepas melepasi beberapa cabaran yang sengit,” kata Djokovic.

Djokovic ialah pemain keempat dalam era Terbuka menang empat gelaran Wimbledon berturut-turut sejak Bjorn Borg, Sampras dan Federer.

Sementara itu, Kyrgios me­ngakui dia berbangga dengan perjalanan permainannya hingga­ mampu mara ke final dan telah lakukan sebaik yang boleh untuk mengatasi Djokovic.

Kyrgios berharap dia mampu mengekalkan permainan terbaiknya itu untuk berada di pentas final sekali lagi.

“Tahniah buat Djokovic dan pasukannya. Saya akui sa­ngat letih tetapi puas bila dapat menentang Djo­kovic di pentas final.

“Saya sangat gem­bira dengan keputusan ini dan mungkin satu hari nanti saya akan kembali berada di sini tetapi saya tidak tahu bila,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI