fbpx

NASA mahu tempatkan reaktor nuklear di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaktor nuklear KRUSTY direka untuk membekalkan tenaga kepada bangunan di Bulan. - NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menempatkan reaktor nuklear mini di Bulan bagi menjana tenaga kepada koloni manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.

NASA yang berharap untuk menghantar manusia ke Bulan menjelang 2025, melihat tenaga nuklear sebagai pilihan terbaik untuk menjana infrastruktur di Bulan.

Susulan itu, NASA mengambil masa 15 tahun untuk membangunkan reaktor nuklear dinamakan KRUSTY bagi tujuan tersebut. Ia memiliki saiz sebuah roket tetapi cukup berkuasa membekalkan tenaga ke sejumlah isi rumah.

KRUSTY menggunakan bahan api nuklear untuk menjana tenaga dan mampu menjana tenaga untuk kenderaan rover, makmal, perumahan dan peralatan saintifik lain.

Bagaimanapun, misi mendaratkan bahan nuklear dengan selamat di Bulan boleh menjadi satu cabaran.

NASA masih belum menentukan sama ada reaktor itu boleh menahan tekanan semasa penerbangan di angkasa lepas.

Bagaimanapun, penghantaran bahan api nuklear ke Bulan dari Bumi dikatakan agak selamat kerana bahan api berkenaan mempunyai tahap radiasi yang rendah.

Walaupun roket itu meletup semasa meninggalkan atmosfera Bumi, ia tidak mungkin menyebabkan letupan nuklear yang besar.

NASA mengatakan bahawa jika reaktor nuklear berjaya ditempatkan di Bulan, ia juga akan dihantar ke Marikh untuk membekalkan kuasa kepada penempatan di planet itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI