fbpx

Isteri tidak boleh tuntut hak, jika kahwin tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Tidak boleh ambil tindakan di mahkamah jika terabai nafkah selain tidak boleh menuntut hak isteri, antara perkara golongan wanita perlu tahu jika bercadang mahu bernikah tanpa kebenaran.

Peguam syarie, Suriati Ghani menerusi hantaran pada Facebook, beliau menyenaraikan lapan kesan daripada pernikahan tidak didaftarkan menerusi undang-undang Islam di negara ini kerana bernikah secara ‘diam-diam’ tanpa kebenaran.

“Kesan pertama ialah jika berlaku pengabaian nafkah terhadap isteri, mereka tidak boleh mengambil tindakan di mahkamah (tidak boleh menuntut nafkah atau tidak boleh menuntut cerai).

“Sekiranya ada masalah rumah tangga, tidak boleh membuat aduan tersebut ke pejabat agama. Selain itu, jika suami meninggal dunia, isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka suami dan tidak boleh menuntut harta sepencarian,” katanya.

Beliau berkata, jika diceraikan, isteri tidak boleh menuntut hak-hak mereka selepas bercerai seperti nafkah iddah, mutah, harta sepencarian dan nafkah tertunggak.

“Kesan seterusnya ialah anak yang lahir juga tidak boleh dinasabkan kepada bapa. Jika bapa mengabaikan nafkah anak, tidak boleh menuntut nafkah anak di mahkamah syariah.

“Dalam masa sama, anak akan bermasalah apabila mereka hendak bernikah kelak jika dia perempuan (masalah wali). Anak juga tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa jika bapanya meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI