fbpx

Aamir Khan dilabel pelakon bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIR KHAN

NAMA Aamir Khan sedikit tercalar selepas pengarah Mahesh Bhatt mendedahkan bahawa pelakon itu bukanlah seorang yang senang diajak bekerjasama selain bersikap tidak profesional.

Pelakon berusia 57 tahun itu sering dibayangi dengan kehebatan lakonannya, namun bagi Mahesh, Aamir seorang pelakon bermasalah dan selalu menimbulkan kekacauan di lokasi penggambaran.

Ketika menjayakan filem berjudul Gulam pada 1998, Aamir mendatangkan kemarahan Mahesh apabila bersikap sambil lewa ketika berada di set penggambaran sehingga menyebabkan filem tersebut lewat untuk disiapkan.

Bagaimanapun, Aamir menerusi satu temu bual bersama media tempatan menepis dakwaan tersebut dan mengatakan dirinya seorang pelakon yang berdisiplin tinggi.

“Jika saya dikatakan sebagai pelakon bermasalah, saya tidak akan mampu bertahan dan berada dalam industri sehingga ke hari ini,” ujarnya menepis tuduhan Mahesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI