fbpx

Wang tunai 17.85 juta rupee ditemui dalam istana Presiden Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 22 November 2019 menunjukkan Gotabaya Rajapaksa (kanan) dan abangnya, Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa. - AFP

COLOMBO – Wang tunai berjuta-juta rupee Sri Lanka  yang ditinggalkan oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa apabila beliau melarikan diri dari kediaman rasminya diberikan kepada sebuah mahkamah hari ini setelah diserahkan oleh kumpulan penunjuk perasaan.

Kumpulan penunjuk perasaan menemui wang tunai sebanyak 17.85 juta rupee (RM221, 350) itu dalam longgokan wang kertas baharu tetapi menyerahkannya kepada polis selepas mereka menyerbu Istana Presiden kelmarin.

“Wang tunai itu diambil pihak polis dan akan ditampilkan di sebuah mahkamah hari ini,” kata seorang jurucakap polis.

Beberapa sumber rasmi menyatakan bahawa sebuah beg penuh dengan dokumen juga ditinggalkan di dalam istana berkenaan.

Rajapaksa tinggal di dalam bangunan berusia dua abad itu selepas terpaksa melarikan diri dari  kediaman peribadinya pada 31 Mac lalu apabila kumpulan penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk.

Pemimpin berumur 73 tahun itu melarikan diri dari istana berkenaan melalui pintu belakang dengan diiringi anggota-anggota tentera laut sebelum menaiki sebuah bot menuju ke timur laut Sri Lanka, kata sumber rasmi kepada AFP.

Lokasi sebenarnya tidak diketahui setakat pagi ini tetapi pejabat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memaklumkan bahawa Rajapaksa telah memberitahu secara rasmi tentang hasrat untuk meletak jawatan tanpa memberikan tarikh tertentu.

Wickremesinghe, 73, secara automatik akan menjadi pemangku Presiden sekiranya Rajapaksa berundur, sehingga Parlimen memilih wakil rakyat baharu.

Bagaimanapun, Wickremesinghe sendiri menyatakan keinginan beliau untuk meletak jawatan sekiranya wujud konsensus untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI