fbpx

Netizen seram lihat bungkusan berbentuk mayat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan tersebut dirapikan menggunakan tali rafia dan mempunyai saiz menyerupai manusia sebenar. – Instagram newdramaojol.cd

JAKARTA – Sebuah video yang  tular di media sosial Indonesia memaparkan satu  bungkusan yang dibalut menyerupai jenazah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram tersebut, seorang pekerja penghantaran dilihat mengangkat bungkusan itu yang dibalut  rapi dan kemas.

Bungkusan itu diikat menggunakan tali rafia dan mempunyai saiz manusia sebenar.

Ia juga dapat diletakkan di atas kerusi dalam keadaan seperti seseorang yang sedang duduk.

Isi bungkusan itu masih tidak diketahui, namun ramai netizen berpendapat ia berkemungkinan adalah patung manusia.

“Seram betul kalau terima bungkusan begini waktu malam. Tiba-tiba sahaja ia bergerak,” kata seorang netizen.

“Kalau bertemu dengan polis, pasti penghantar bungkusan disuruh berhenti,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI