fbpx

Wanita hina Islam: DBKL gantung operasi kelab komedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menggantung sementara pengoperasian premis sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur serta-merta susulan isu tular seorang wanita menghina kesucian agama Islam.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihak DBKL telah menjalankan siasatan lanjut terhadap lesen premis tersebut selain tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu sedemikian.

“Isu ini turut mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan pengguna di media sosial yang berpendapat, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam.

“Justeru, ini sebagai suatu mesej jelas bahawa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis di dalam Wilayah Persekutuan mahu pun di seluruh negara.

“Sehubungan itu, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, tular seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI