fbpx

Elisya Sandha kongsi wajah comel Bunga Elhaq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISYA Sandha dan suaminya selamat menjalankan akikah untuk anak sulung mereka, Bunga Elhaq pada sambutan hari raya korban hari ini.

PETALING JAYA – Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Aidiladha, pelakon Elisya Sandha selamat mengadakan majlis akikah, sekali gus berkongsi wajah puteri sulungnya, Bunga Elhaq untuk tatapan peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan mendefinisikan 2022 sebagai tahun pengorbanan terbesar kerana telah berjuang melahirkan cahaya mata pada 18 Jun lalu.

“Tahun 2022 melahirkan awak adalah pengorbanan yang paling besar untuk mommy (panggilannya) Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy (suaminya) bangun setiap malam untuk tukar lampin dan beri awak minum susu.

“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis akikah awak hari ini,” tulisnya dalam Instagram.

Adik kepada aktres Fasha Sandha itu turut menyifatkan puteri kesayangannya itu sangat beruntung kerana dikelilingi insan yang amat menyayangi dirinya dengan sepenuh hati.

“Anak mommy sangat bertuah ramai orang sayang. Apabila besar nanti dan sudah boleh membaca, mommy mahu awak baca mesej ini dan ingat pesan mommy. Jagalah hati orang yang sayangkan awak.

“Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya dan jangan sia-siakan keikhlasannya sebab awak tidak tahu berapa beruntungnya awak di mata orang lain,” kata Elisya buat si kecil yang dilahirkan pada 18 Jun lalu itu.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 23 tahun itu turut berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan wajah comel Bunga ketika tidur di dalam buaian sewaktu majlis akikah berlangsung.

Perkongsian Elisya turut menarik perhatian ramai apabila masing-masing berkongsi rasa teruja dan memuji wajah bayi itu yang disifatkan sangat comel.

“Masya-Allah comelnya Bunga. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti pada kedua orang tua nanti,” kata seorang netizen.

“Indahnya ciptaan Allah SWT. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat. Berjaya dunia dan akhirat dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. Amin,” doa seorang lagi peminatnya.

Elisya selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Uzair yang juga anak kepada pengarah dan juga produser, Shiela Rusly sekitar Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI