fbpx

2,799 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,799 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,589 kes kelmarin dengan dua kes import direkodkan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 4,554,911 kes .

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,666 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 adalah sebanyak 4,521,578.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 901 kes diikuti Kuala Lumpur (668), Perak (245), Negeri Sembilan (196), Sabah (192), Pulau Pinang (147) dan Melaka (93).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian ialah Putrajaya dan Johor (80), Kedah (58), Sarawak (46), Pahang (41), Kelantan (17), Labuan dan Terengganu (sembilan) serta Perlis (lapan),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan namun tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 35,809 manakala jumlah BID kekal 7,593.

Sebanyak 34,107 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,156 kes di hospital, 15 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 26 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI