fbpx

Peniaga dapat halibut gergasi seberat 121 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakan sekerja Welsh, Jimmy Mac dirakam berbaring bersebelahan ikan itu. – Clare Welsh/SWNS

EDINBURGH, SCOTLAND – Seorang penjual ikan di Scotland merupakan pemilik kepada seekor ikan halibut dengan berat lebih 120 kilogram (kg) dan panjang 1.8 meter, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Clare Welsh membeli ikan seberat 121kg itu awal ming­gu ini. Ia memerlukan empat orang untuk mengangkutnya ke pasar ikan Welsh Fishmongers di Edinburgh. 

Peniaga berusia 33 tahun itu berkata, ikan itu ditangkap di Laut Utara Isnin lalu dan dibawa ke bandar Peterhead iaitu tempat dia membelinya sebelum diangkut ke Edinburgh pada hari berikutnya.

Rakan Welsh, Jimmy Mac dirakam berbaring bersebelahan ikan itu ketika cuba me­nunjukkan saiznya.

Ikan itu disiang menjadi 450 bahagian dan dijual ke restoran-restoran di sekitar Edinburgh serta premis perniagaannya sendiri

“Ia adalah ikan halibut terbesar pernah saya lihat. Agak sukar untuk memikirkan bagaimana mereka berjaya membawa ikan sebesar itu ke  atas bot.

“Ia ditangkap di Laut Utara dan dibawa ke Peterhead pada Isnin lalu. Semua orang sangat kagum dan teruja melihatnya,” kata Welsh.

Ikan halibut boleh hidup sehingga berusia 33 tahun yang mungkin menjelaskan saiz tangkapan sebesar itu.

Ia adalah ikan yang sangat popular kerana mempunyai isi yang padat dengan empat hidangan boleh diperoleh daripada seekor ikan halibut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI