fbpx
Gempa bumi dilaporkan berlaku di Selatan Jawa, Indonesia awal pagi tadi.

Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Selatan Jawa, Indonesia awal pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.27 pagi ini.

“Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa, Indonesia hari ini di koordinat 9.8 darjah selatan dan 112.8 darjah timur.

“Kejadian gempa bumi itu berlaku dengan kedalaman 10 kilometer dan jarak 204 kilometer selatan dari Blitar, Indonesia,” kata kenyataan tersebut.

Kejadian gempa bumi terbabit tidak memberi sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

POPULAR