fbpx

Elena Rybakina ke final Wimbeldon kejutkan Simona Halep

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYBAKINA berjaya menumbangkan Halep sekali gus mara ke final buat kali pertama dalam kariernya di Wimbledon. – AFP

LONDON – Pemain No.1 Kazakhstan, Elena Rybakina melakukan kejutan apabila menumbangkan bekas juara Wimbledon, Simona Halep dengan kemenangan straight-set untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama dalam kariernya.

Pemain berusia 23 tahun tersebut tampil dengan perlawanan agresif selepas me­nguasai semua sudut gelanggang, sekali gus menamatkan perjalanan Halep untuk ke final selepas kali terakhir menjuarai gelaran Wimbledon pada 2019.

Hasil kemenangan tersebut, Rybakina yang menumbangkan Halep dengan keputusan 6-3 6-3 akan berdepan pemain pilihan ketiga, Ons Jabeur selepas pemain Tunisia itu menumpaskan Tatjana Maria (Jerman) 6-2, 3-6, 6-1.

“Halep adalah seorang pemain yang hebat, tetapi pada hari ini saya benar-benar fokus selepas sedar akan berdepan tugas yang sukar terutama berjumpa dengan pemain yang berpengalaman seperti Halep.

“Saya akui sangat gementar, tetapi perlawanan sebelum ini membantu saya untuk mengekalkan permainan yang terbaik sekali lagi.

“Saya rasa, pada perlawanan itu saya sudah bersedia dari segi mental dan melakukan semampu yang boleh. Ia adalah perlawanan yang menakjubkan dan saya sangat gembira de­ngan apa yang saya pamerkan ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rybakina akui dia akan melakukan persiapan terbaik di pentas final kerana sedar Jabeur akan memberi cabaran hebat kepadanya.

“Jabeur adalah seorang pemain yang sangat hebat dan pastinya sangat sukar untuk mengutip mata terutama menerusi pukulan servis agresif­nya. Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang hebat untuk aksi final Wimbledon,” tambah Rybakina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI