fbpx

Subsidi kerajaan dijangka cecah RM80 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul sewaktu berucap pada majlis tersebut./ FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Peruntukan subsidi dibelanjakan kerajaan dijangka mencecah sehingga RM80 bilion iaitu lebih besar daripada peruntukan pembangunan sedia ada tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu pada awalnya hanya RM77 bilion namun ditambah bagi memastikan ia disalurkan kepada golongan sasar.

Katanya, subsidi itu diberikan dalam jumlah besar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

“Jika ada yang mengatakan subsidi ditarik balik, ia tidak benar kerana perbelanjaan (subsidi) kita lebih besar daripada belanja pembangunan.

“Subsidi itu kalau digunakan untuk pembangunan, ia mampu membina sekolah, hospital dan lain-lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Warga Kerja Pendidikan Daerah Kuala Selangor di sini, hari ini.

Jelas Tengku Zafrul, kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM700 juta bagi subsidi ayam sehingga bulan lalu.

“Selain itu, sejumlah RM5 bilion peruntukan telah diluluskan melibatkan subsidi minyak petrol dan minyak tahun lalu.

“Jadi, jumlahnya begitu besar malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan supaya diteruskan lagi tarif subsidi untuk TNB (Tenaga Nasional Berhad) kepada semua,” ujarnya.

Tambah beliau, semua subsidi itu bertujuan membantu rakyat dan kadar inflasi negara merupakan yang terendah di dunia pada tahap 2.8 peratus. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI