fbpx

Sajian program terbaik TV AlHijrah sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMANZEE (tengah) menjelaskan, lebih 5,000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam terbitan TV Alhijrah dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja.

MENGGALAS tanggungjawab besar sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.

Hal ini termasuklah meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.

“TV AlHijrah memilih meraikan Zulhijah secara umumnya dan Aidiladha secara spesifiknya dengan melancarkan Kempen Haji 1443H bermula 20 Jun hingga 13 Julai ini.

“Pada tahun ini, Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan untuk kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen haji 1443H berlangsung.

“Tema ini turut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan,” katanya.

3.3 juta penonton

Namanzee yang ditemui sewaktu majlis sidang akhbar pelancaran Kempen Haji 1443H berkata, cabaran saban tahun dalam mencorak arah serta hala tuju program-program yang terbaik dan menarik tidak pernah mematahkan semangat stesen TV AlHijrah supaya terus berbakti kepada penonton.

“Jumlah tontonan TV AlHijrah pada Kempen Haji 1442H yang lalu iaitu pada 2021 sebanyak 3.3 juta tontonan. Jumlah ini amat memberangsangkan bagi stesen berkonsepkan Islam seperti TV Alhijrah.

“Jumlah tontonan ini juga telah menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini.

“Merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentari, program masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah,” kongsinya lagi.

Menarik TV Alhijrah

TV AlHijrah membariskan sembilan buah program menarik dan terbaharu yang disediakan khas buat santapan rohani penonton di samping rancangan sedia ada yang lain.

Saksikan bual bicara Live Labbaikallah yang telah memasuki tahun ke-10 siaran dikemudi oleh Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali.
Sembang Haji pula merupakan rancangan membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Tangisan Di Baitullah memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah dijadikan pedoman buat penonton.

Paling istimewa, TV AlHijrah akan menyiarkan Munajat Arafah yang bersiaran secara langsung selama 17 jam bermula seawal pukul 5 pagi hingga 10 malam bersempena hari Arafah.

Turut disiarkan adalah rancangan Peristiwa Arafah yang memberikan gambaran kepada penonton tentang kehidupan di Padang Mahsyar serta ibrah daripadanya.

Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti Musafir Agung, Seikhlas Hati, program masakan Camca, Riwayat Akhir Zaman dan Interaktif Haji.

Penonton juga boleh mendapatkan perkembangan terkini pergerakan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Mekah menerusi laporan harian eksklusif oleh dua petugas TV AlHijrah di sana.

Laporan tersebut dimuatkan dalam Berita AlHijrah setiap hari dan juga portal berita Alhijrahnews.com hingga selesai kemuncak musim haji.

Akhir sekali, jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem khas Aidiladha berjudul Campervan Haji Meon.

Akan disiarkan pada Ahad, 10 Julai ini pukul 10 malam, telefilem lakonan Jalil Hamid, Fauziah Nawi dan Yamani Abdillah tersebut berkisar sekitar kisah hidup Pak Meon yang akan menunaikan haji buat kali kedua.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Pak Meon berhasrat berjumpa semua anggota kugirannya sewaktu muda untuk memohon kemaafan atas kesalahan pada masa lalu.

Pelbagai kejadian tidak dijangka berlaku sepanjang perjalanan Pak Meon mencari kesemua sahabatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI