fbpx

Pasangan suami isteri mati akibat kecederaan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat pasangan suami isteri yang ditemui di ruang tamu di sebuah rumah dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham di Ipoh semalam.

IPOH – Polis mendedahkan suspek lelaki yang ditahan malam tadi dipercayai menetak abang dan kakak ipar menggunakan kapak menyebabkan pasangan suami isteri itu mati akibat kecederaan di bahagian tengkorak serta pendarahan otak.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat pasangan suami isteri itu mendapati punca kematian akibat objek tajam dan tumpul di bahagian kepala.

Katanya, pemeriksaan luaran pada si mati juga mendapati terdapat beberapa luka akibat dipotong, tetakan, tikaman dan luka koyak di bahagian kepala.

“Luka-luka tersebut telah menyebabkan kepatahan tengkorak dan pendarahan di bahagian otak kedua-dua mangsa.

“Malah, pemeriksaan bahagian leher si mati lelaki juga mendapati terdapat kesan jerutan di mana kecederaan berlaku selepas kematian mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan mayat suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah di Taman Bercham Aman, Bercham di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI